Catatan Popular

Isnin, 6 Disember 2010

HUKUM MENUNAIKAN HAJI

Ijma' para ulama' menyatakan bahawa hukum menunaikan Haji adalah wajib sekali sahaja seumur hidup bagi seseorang Islam yang cukup syarat-syaratnya.

Syarat wajib Haji dan Umrah:
  • Islam - tidak wajib dan tidak sah ke atas orang kafir dan murtad
  • Sampai umur (baligh) - tidak diwajibkan ke atas kanak-kanak tetapi sah Hajinya jika ia kerjakan dan tidak gugur wajibnya bila sampai umur.
  • Berakal - tidak wajib ke atas orang gila dan tidak sah Hajinya jika ia lakukan.
  • Merdeka - tidak diwajib ke atas hamba abdi tetapi sah Hajinya serta diberi pahala jika ia lakukan.
  • Berkuasa atau berupaya mengerjakan Haji dan Umrah sama ada:
i) Berkuasa dengan sendirinya.
ii) Berkuasa dengan pertolongan orang lain.

SYARAT TAMBAHAN BAGI WANITA

Wanita yang ingin menunaikan haji hendaklah ditemani suami atau mahram.
Bagi wanita yang tiada suami atau mahram bersama adalah diharus ditemani oleh wanita-wanita yang thiqat (yang dipercayai ) apabila selamat daripada fitnah dan keselamatan diri mereka terjamin. (menurut Mazhab Syafi'e)
Wanita yang bersuami hendaklah mendapat keizinan suami, jika suami tidak mengizinkan hajinya sah tetapi berdosa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan