Catatan Popular

Selasa, 7 Disember 2010

BLOG HAJI SAYA - TANAH SUCI MAKKAH: CATATAN 01 MUHARRAM 1432H

BLOG HAJI SAYA - TANAH SUCI MAKKAH: CATATAN 01 MUHARRAM 1432H: "Alhamdulillah hari ini kita telah memasuki awal muharram tahun 1432H. Ini bermakna Ibadah haji yang disyariatkan kepada umat islam ini tela..."

CATATAN 01 MUHARRAM 1432H

Alhamdulillah hari ini kita telah memasuki awal muharram tahun 1432H.  Ini bermakna Ibadah haji yang disyariatkan kepada umat islam ini telah menjangkau lebih seribu tahun tetapi masih tetap ianya menarik jutaan umat untuk terus mengejakannya tahun demi tahun.  Terfikirkah kita apakah keistimewaannya hingga mampu ia bertahan sebegitu lama.  Adakah acara seumpamanya yang berupaya bertahan sebegitu lama? Maka jelaslah bahawa ianya bukanlah tarikan manusia tetapi pastinya tarikan dari yang Maha Penguasa atas segaa-galanya.

*Guest who are using english language can e-mail me to get what ever information about haj.

Isnin, 6 Disember 2010

HUKUM MENUNAIKAN HAJI

Ijma' para ulama' menyatakan bahawa hukum menunaikan Haji adalah wajib sekali sahaja seumur hidup bagi seseorang Islam yang cukup syarat-syaratnya.

Syarat wajib Haji dan Umrah:
  • Islam - tidak wajib dan tidak sah ke atas orang kafir dan murtad
  • Sampai umur (baligh) - tidak diwajibkan ke atas kanak-kanak tetapi sah Hajinya jika ia kerjakan dan tidak gugur wajibnya bila sampai umur.
  • Berakal - tidak wajib ke atas orang gila dan tidak sah Hajinya jika ia lakukan.
  • Merdeka - tidak diwajib ke atas hamba abdi tetapi sah Hajinya serta diberi pahala jika ia lakukan.
  • Berkuasa atau berupaya mengerjakan Haji dan Umrah sama ada:
i) Berkuasa dengan sendirinya.
ii) Berkuasa dengan pertolongan orang lain.

SYARAT TAMBAHAN BAGI WANITA

Wanita yang ingin menunaikan haji hendaklah ditemani suami atau mahram.
Bagi wanita yang tiada suami atau mahram bersama adalah diharus ditemani oleh wanita-wanita yang thiqat (yang dipercayai ) apabila selamat daripada fitnah dan keselamatan diri mereka terjamin. (menurut Mazhab Syafi'e)
Wanita yang bersuami hendaklah mendapat keizinan suami, jika suami tidak mengizinkan hajinya sah tetapi berdosa

WANG PERBELANJAAN KEGUNAAN SENDIRI

Assalamualaikum

Bakal haji perlu menyediakan wang tambahan selain Wang Perbelanjaan Haji iaitu pada anggaran sebanyak RM40.00 sehari. Jika bakal haji berada di tanah suci selama 40 hari bermakna wang yang diperlukan sebanyak RM1,600.00. Wang ini boleh di simpan dalam TH bila-bila masa sebelum berangkat ke tanah suci atau waris boleh menyimpan ke dalam akaun bakal haji setelah berangkat ke tanah suci.Wang tambahan adalah bagi keperluan antaranya wang dam se ekor kambing RM350.00*, makanan pagi yang tidak disediakan oleh TH , urusan umrah sunat, upah tawaf dan sae bagi bakal haji uzur, bayaran panggilan telefon ke Malaysia  dan lain-lain hal yang berkaitan.................

WANG PERBELANJAAN HAJI

Assalamualaikum

Penjelasan Wang Perbelanjaan Haji (WPH) adalah jumlah wang yang wajib ada dalam akaun TH. WPH adalah bagi tujuan seperti berikut:

  • Tambang kapalterbang
  • Sewa rumah penginapan
  • Sewa khemah di Arafah/Mina
  • Pengangkutan Jeddah/Madinah/Makkah/Arafah/Mudzlifah/Mina
  • Makan di Jeddah/Madinah/Makkah
  • Makan di Arafah/Mina
  • Bayaran pihak berkuasa Arab Saudi
WPH ini akan ditolak oleh TH dari akaun bakal haji apabila sampai waktunya

RAYUAN PERGI HAJI LEBIH AWAL

Assalamualaikum

Dimaklumkan kepada mereka yang telah membuat pendaftaran haji dengan Tabung Haji yang bercadang untuk menunaikan ibadat haji lebih awal dari giliran yang ditetapkan bolehlah membuat permohonan rayuan pada tahun berkenaan. Pihak Tabung Haji akan mempertimbangkan jika ada kekosongan pada tahun berkenaan. Bagi mereka yang membuat permohonan rayuan adalah lebih baik mengambil tindakan berikut:
1. Menghadiri Kursus Haji Bersiri
2. Mencukupkan Wang Perbelanjaan Haji
3. Mendapatkan pengesahan doktor bahawa keadaan kesihatan stabil untuk melakukan ibadat haji.

Rayuan ini bukan jaminan terpilih untuk menunaikan ibadat haji tetapi adalah usaha yang dilakukan dan Insya Allah jika telah disuratkan Allah kita menjadi tetamunya maka kita akan mendapat peluang seperti yang dihajati.

PENDAFTARAN HAJI TERBUKA

Assalamualaikum

Semua umat Islam diseru untuk mendaftar menunaikan haji bagi melaksanakan Rukun Islam yang kelima.
Syarat untuk mendaftar haji adalah seperti berikut:
1. Membuka akaun dengan Tabung Haji.
2. Mempunyai baki wang dalam akaun TH jumlah minima RM1,310.00 sahaja.
3. Pergi mana-mana pejabat TH atau Kaunter Bank Islam Malaysia dengan membawa Kad Pengenalan dan Buku Akaun Tabung Haji untuk mendaftar. Tidak perlu mengisi borang.
4. Telah mendaftar............sangat mudah

BERITA PENTING:

Jika kita daftar hari ini, giliran kita ialah pada 2029. Setiap tahun TH hanya diperuntukan kuota 26,000 orang, ini bermakna mereka yang telah mendaftar melebehi 500,000 orang. Janganlah merasa bimbang kerana terlalu lama menunggu, yang penting kita daftar dahulu dan kemudian kita boleh membuat rayuan pada tahun berkaitan yang telah kita tentukan tahunnya.

PERISTIWA YANG SAYA LALUI:

Pendeposit TH: Kenapa TH tidak mengirim surat kepada saya untuk menunaikan haji padahal saya telah 30 tahun menyimpan dalam TH dan wang telah mencukupi untuk menunaikan haji?
Saya : Sudahkah tuan membuat pendaftaran Haji dengan TH?
Pendeposit TH: Bukankah saya telah ada akaun dengan TH ?
Saya : Tuan, Pendaftaran Haji dan Buka Akaun TH adalah perkara berbeza.
Ramai orang Buka Akaun TH tidak bermakna mereka menyimpan untuk menunai haji. Banyak sebab mereka menyimpan dengan TH. Oleh itu sesiapa yang ingin menunai haji perlu mendaftar.
Assalamualaikum,

Salam perkenalan untuk semua.

Saya Samsudin bin Ali adalah Pengurus Tabung Haji Labuan, Wilayah Persekutuan.
Saya baru melancarkan blog ini adalah bertujuan memaklumkan berkaitan Haji dan Pengurusan Haji. Oleh itu saya menjemput untuk melayari blog saya dan jika ada pandangan membina saya alu-alukan
 
Saya mengucapkan Selamat Kembali Ke Tanah Air kepada Jemaah Haji 1431H Khasnya Jemaah Haji dari Labuan, Wilayah Persekutuan, Jemaah Haji Maktab 79 dan seluruh Jemaah Haji Malaysia semoga mendapat haji mabrur.

Kepada Bakal Haji 1432H yang akan mengikuti Kursus Haji Bersiri anjuran Tabung Haji Labuan, Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Masjid terpilih dalam Labuan, Wilayah Persekutuan akan bermula dalam bulan RabiulAwal 1432H pada setiap hari Ahad sebanyak 17 Siri.
Maklumat seterusnya akan dimaklumkan kemudian.

Haji Mabrur

Mencapai haji mabrur merupakan cita-cita semua jemaah haji.  Oleh itu ianya memerlukan persiapan yang cukup mantap dari segi rohani dan jasmaninya. Atas maksud ini kita merasa bertuah berada di Malaysia kerana mempunyai sebuah organisasi yang ungul yaitu Tabung Haji yang telah terbukti menjadi badan pengurusan haji terbaik di dunia pada ketika ini yang berfungsi menyedia, menyelia, mengurus, memberi bantuan dan sebagainya bagi membolehkan umat islam di Malaysia dapat mengerjakan haji dengan sempurna samada dari aspek ibadahnya mahupun kebajikannya

TANAH SUCI MAKKAH

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat saya mewujudkan laman blog ini untuk untuk sama-sama kita sesama umat islam berkongsi hal ehwal agama kita khususnya berkenaan ibadah haji.